Thursday, October 28, 2010

semoga Allah permudahkan :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

~ 94 : 5 , 6 ~

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah ,
seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan
maka menjadi satu kelapangan daripadanya."


East London Mosque , tunggu saya :) biar nati muka saya pun ada dalam gambar ini ~


semoga selamat pergi dan selamat kembali
ameen :)

p/s : jaga kesihatan baik2 ^^


assalamualaikum cinta ...


Wednesday, October 27, 2010

buat dirimu hiraya


" Dan apabila kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong ; dan apabila ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa . "

~ 17 : 83 ~


assalamualaikum cinta ...

Sunday, October 24, 2010

dimanakah hilangnya ??!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sedang aku memutar lagu
random ..
lirik satu lagu tiba2 lebih menarik perhatian aku
dari
buku histology berkulit hijau warna katak pisang

♫♪ we will not go down in the night without fight

you can burn our mosques and our homes and our school

but our spirit will never die

we will not go down

in Gaza tonight ♫♪



terhantuk ke ?
ya !
kerana aku sendiri pun sudah alpa
apa lah nasib saudara kita di sana
di mana hilangnya semangat kita yang dulu
apabila berita tentang Gaza saban hari
jadi bahan tarikan media
tapi hari ni
kenapa sunyi ?
kenapa sepi ?
apa dah berlaku ?!

Ya Allah ,
aku mahukan Gaza yang merdeka
aku mahukan anak-anak Gaza yang mengukir senyum penuh kebanggaan
bukan lagi tangisan
bukan lagi rintihan

aku tahu semangat kalian tak pernah luntur
doa kami sentiasa bersama kalian
berjuanglah !
p/s : semoga semangat ini juga setinggi dan seteguh semangat anak-anak muda di sana..ameen~



assalamualaikum cinta...

Monday, October 18, 2010

nikmat ujian itu indah :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

esok test
lusa ? test lagi
Maha suci Allah
ilmu Allah sungguh luas rupanya
aku termenung
cuba mencari jawapan
walhal
sikitpun tak tercapai dek akal aku
cukupkah usaha aku ?
andai lulus kerana aku sudah banyak usaha kah ?
tak tu hanya andaian !
apa lagi dari aku makhluk yang lemah
namun ilham yang datang
pastilah dari yang Maha Pencipta !
0% saja usaha aku membantu
the rest 101% sebenarnya datang dari Dia
baru aku faham
kenapa setiap saja tips cemerlang
segala professor doktor cikgu engineer
bahkan dari pakar motivasi terkenal seluruh pelusuk bumi sekalipun
takkan berpisah usaha dan TAWAKAL

tawakallah pada Yang Maha Agung
bergantung haraplah
pada yang Maha Mendengar
pada yang Maha Memberi Pertolongan
insyallah mudah jalanmu


~andai lulus : kau diuji pada kesenangan
jangan kau leka dan selesa dengan berakhirnya satu ujian

~andai gagal : kau diuji pada kesabaran
jangan kau gagal dengan emosi itulah pelajaran terbaik buatmu


sungguh ,
nikmat ujian itu indah :)




" Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari maka payah melaluinya ,
panjang jalannya dan banyak rintangannya . "

~ Imam Al-Ghazali ~

Himpunan Mutiara Kata 4
Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan

orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM T


assalamualaikum cinta ...

Sunday, October 17, 2010


Ya Allah kuatkan dirinya
tabahkan hatinya
tenangkan fikirannya
kukuhkan ingatannya
permudahkan urusannya
ampunkan dosa-dosanya
ameen ...

Wednesday, October 13, 2010

syurga yang luas seluas langit dan bumi :)

untuk siapakah ?

" orang yang berinfak , baik di waktu lapang mahupun sempit , dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain . Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan . "

~ 3 : 133-134 ~



aku ?
sangat tahu je
marah sakit hati sedih terluka terasa
boleh dikatakan semua
masalah jiwa
yang tak nampak dengan mata kasar
berpunca dari hati yang tak tenang
ada sesuatu yang tak kena
pasti
untuk sabar pada tamparan pertama
memang payah
mungkin dah habis keluar semua perkataan tak elok
baru pujuk diri
sabar sabar
siapa cakap aku salah ?
dan siapa cakap aku betul ?
takkan ubah pendirian aku
sebab
yang pasti
aku bercakap berdasarkan pemerhatian
pengalaman
kehidupan
bagi yang sangat pandai mengawal emosi
diri ini kagum dengan kamu
ya ! kagum !


siapa yang tak mahu syurga seluas langit dan bumi
cik emosi
be good to me please :)


assalamualaikum cinta ...

Tuesday, October 12, 2010

dedicated to all the future doctors out there

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..

artikel untuk entry kali ni
hanyalah sekadar berkongsi
xbetah rasanya kalau perkara yang baik disimpan sendiri
tamak !
atau pekataan yang lebih sesuai mungkin
kedekut ilmu ke ?
teringat sekolah rendah
si A : ish dia taknak pun ajar kita
si N : ntah , kedekut ilmu betul kann
tp tu zaman budak budak ~
*tersenyum sendiri ^^



dari perkongsian peribadi Dr.Nor Ruzaini bt Sulaiman
Hospital Besar Melaka

Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos. fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia. Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan, pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah. Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik. Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.

(^_^) dah rasa naek sikit semangat ? oh tak sikit ke ?

banyak yee wuahh very very good lah :)

sebenarnya saya potong sikit permulaan dia sebab agak panjang

dan saya nak tekankan isi2 penting sahaja disini maafkan saya ~

saya do not own this article dan saya xalter walau sikit pun hasil penulisan beliau

bagi mengelak sebarang ketidakaslian

kerana yang spicy itu tidak sama dengan yang original ~

p.s : semoga artikel ni dapat membantu legakan sikit

hemispheres yang tgh stress berfikir tu

dan kita amek pengajaran dalam konteks kita sebagai seorang pelajar

ingat satu je . ujian kat dunia ni ape lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kehidupan yang kekal di akhirat kelak

dan p.s 2 : saya rindu mak dan abah :)


" Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau . Sedangkan negeri akhirat itu , sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa . Tidakkah kamu mengerti ? "


~ 6 : 32 ~


assalamualaikum cinta...






Friday, October 1, 2010

let's have a break :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

taktau apa tujuan sebenar post kali ni
tapi hati cakap nak tulis
so kena tulis juga
walaupun mesej tak sampai
dah penat
mata dah bengkak
kepala dah pening
dalam dunia ni takde ape yang senang
semua pun susah
kau kena kuat
tapi jangan sampai kau sendiri pun dah tak berapa waras

so let's have a break :)




" Semua orang akan menghadapi ujian dan yang membezakannya adalah kesabaran "
: anonymous :


assalamualaikum cinta ...