Monday, March 22, 2010

if and only if she's a muslim girl...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Astaghfirullahhalazim...
kenapa dengan budak comel ni arini
haha
sekali sekala nak perasan takpela kan
sape lagi nak puji
kalau kita tak puji diri sendiri
oke mengarut~
btw, terima kasih kak wani
kerana memperkenalkan term 'sad syndrome' kepada saya

mula-mula bila kak wani cakap
"yuyu kena sad syndrome kot ni"
agak-agak dah 3 minggu lepas
tapi semalam baru perasan
betul jugak rasanya
apa yang kak wani cakap

pelik-pelik je
cakap sorang-sorang
bila rindu kat mak
takleh kol pon
nak menjerit
apek
ehe ni ??

aaaaaaaaa~
apa-apa jelah
asalkan saya tahu diri saya masih sihat dan kuat !!

tapi bila-bila masa je
Tuhan boleh tarik nikmat kesihatan ni kan
bersyukurlah...

hari khamis (18 mac 10) :
beras dah habis
after class, pegi tyskie kat depan dorm
untuk tambah bekalan beras
beras tinggal 2 plastik kecik je kat kedai tu
means 2kg
kakak tu kate
'nie ma'
dah takde lah maksudnye kan
tu yang paling las
takpelah, nanti boleh beli lagi

pastu ada sorang budak kecik bawak bakul
kalau tak silap
dalam lingkungan umur 6 ke 7 tahun kot
tak tahu kenapa
pandang je dia
kat tangan comel dia
ada satu kertas
saya predict tu mesti senarai barang yang mak dia suruh belikan
lepas tu
dia pusing satu kedai carik barang
sangat comel
pastu kakak yang jaga kedai tu tanya
in polish la kan
walaupun tak berapa faham
saya dapat agak
kakak tu tanya apa yang dia cari
then dia cakap dengan penuh konfiden
dengar dia cakap
'ziemnaki'
means potatoes kan
pastu kakak tu amik ketas kat tangan dia
kakak tu tolong carikan semua barang yang mak dia tulis
letak dalam bakul dia elok-elok
lepas tu
saya pun dah siap beli barang
sengaja biarkan budak kecik tu bayar dulu
dia masukkan tangan dalam poket
keluarkan semua duit yang ada dalam poket tu
syiling...
kakak tu bilang satu-satu duit dia
pastu kakak tu bagi balik baki
dia tertarik dengan sticker kartun2 kat tepi kaunter tu
dia tanya lagi
berapa harga pelekat satu
lepas kakak tu bagitau 'piecdziesiat grosze'
lima posen kan
dia mintak dua, untuk adik dia satu
comelnyee
saya pun terfikir
apa la yang saya boleh buat sangat masa besar budak tu
tau nak mainan jee
tak boleh diharapkan langsung lagi
bertuahnya ibu yang melahirkan dia
walaupun dia bukan Islam
tapi semua bayi yang dilahirkan pada asalnya adalah Islam
ibu dan bapa yang memberi didikan agama apa yang dia akan ikut bila dah besar...
dalam hati terdetik
if and only if she's a muslim girl..


neway,
saya ada terbaca satu blog ni
seorang hamba Allah ni tulis
tajuk post dia
-Saya cintakan dia-
apa yang menarik perhatian
dia letak gambar dia dengan sorang kawan dia
dua-dua lelaki
saya sangat suka baris pertama yang dia tulis

Persahabatan atas keimanan itu sangat indah..

sweet kan =)

"Persahabatan atas keimanan, adalah satu taraf ukhuwwah yang tak mungkin dicapai hanya dengan ‘tahu’. Tetapi ia satu ‘dunia lain’ yang hanya mampu ditembusi dengan ‘faham’. Dari faham munculnya sabar, dari sabar munculnya pengorbanan dan dari perngorbanan munculnya keikhlasan.."

-quoted from-
blog Langit Ilahi

assalamualaikum cinta...


" Cinta adalah kekuatan yang mampu, mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah, itulah cinta.. "


-puisi Jalaluddin Rumi-
dipetik dari novel Ketika Cinta Bertasbih