Sunday, November 27, 2011

al-kisah keldai dan lembu


setelah ditimbang timbang kembali , tahu ke kita kenapa dalam dunia ni wujudnya perumpamaan 'bodoh macam keldai' ?

ni la persoalan yang buat semua orang berfikir dalam sitting kali ni . rasanya kalau diri saya sendiri tidak mencari , dan ciri saya sendiri yang berada di pihak sahabat-sahabat yang perlu menjawab , besar kemungkinan saya sendiri akan jawab je apa yang terlintas di fikiran .

tapi ye lah , aturan Allah tu memang saangatt cantik . yakin lah kita bahawa tiada satu pun makhluk yang Allah ciptakan atas dunia ni dengan sia-sia saja . walhal dengan kewujudan seekor ibu tebuan pun Allah sebenarnya nak ilhamkan betapa pentingnya erti pengorbanan . percaya lah . okay jum kita teliti ada apa dengan keldai dan lembu ini .


al-kisah pada zaman dahulu , sang keldai ditugaskan untuk memikul buku-buku ilmiah ke sana ke mari . namun ditakdirkan Allah , itu sahaja lah kemampuan sang keldai . dia tak mampu menyerap atau memahami walau sikit pun kandungan kitab ilmiah tersebut . kerana itu lah sang keldai dijadikan perumpaan untuk bodoh . tapi itu bukan salah sang keldai , memang sunnatullah nya begitu . sang keldai tak ada otak seperti manusia untuk berfikir . jadi wajarlah .

begitulah al-kisah sang keldai . al-kisah sang lembu pula .


perasankah kita bahawa sang lembu tugas hariannya di dunia sebagai haiwan ternakan hanyalah untuk memakan rumput sahaja . sehingga waktu tidurnya pun seakan-akan masih lagi mengunyah rumput . apa jadi kalau kita letak emas yang banyak depan mata sang lembu . ataupun intan berlian yang berkilauan di atas padang rumputnya . masih lagi rumput juga yang menjadi pilihannya kan .

dan begitulah al-kisah sang lembu .

cuba pula kita reflect dengan al-kisah manusia dengan Al-Quran .

alangkah bodohnya sang manusia yang mempunyai akal fikiran yang baik ini seandainya Al-Quran yang selalu dipikulnya ke mana-mana tidak diambil manfaat walau sepotong ayat pun . yang di dalamnya telah Allah tetapkan cara hidup Islam yang sebenar , yang hakiki , yang membawa ke syurga ! sama sungguh seperti sang keldai yang memikul kitab-kitabnya . betapa ruginya sang manusia ini sekiranya Al-Quran yang di lihatnya di hadapan mata saban hari , dipandang sebelah mata sahaja . masih lagi ingin memilih jalan yang lain selain Al-Quran . masih lagi berlalu jauh dari Al-Quran . sama sungguh seperti sang lembu yang memilih untuk berpaling dan masih mencari rumput yang sama itu .
Nauzubillah . semoga Allah menjadikan kita golongan yang sentiasa di bawah rahmatNya . yang sentiasa mencari ketenangan , yang mencari ubat permasalahan dengan cahaya Al-Quran . Insyallah .


Wallahualam .