Thursday, December 16, 2010

Iman tak dapat diwarisi ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

kring kring !

Alya : Hello Assalamualaikum ..
Ayah : Waalaikumsalam ..
Alya : Ayah !
Ayah : Yee .. apa khabar anak ayah ? sehat ke ?
Alya : Alhamdulillah sehat ayah .. ayah kat mana ni ?
Ayah : Ayah kat masjid .. jumpa kawan-kawan ayah ni .. tadi dengar ustaz bagi tazkirah sama sama ..
Alya : Oh patutla Alya dengar ada suara macam ramai orang kat belakang tu ayah ..
Ayah : Semalam Alya telefon Ibu yee ..
Alya : Em ! Tapi takde orang angkat .. ibu dah tidur yee ayah masa Alya kol tu ?
Ayah : Dah lewat sangat kamu telefon tu .. mestila ibu dah tidur .. kamu dah makan ?
Alya : Belum lagi .. harini Alya puasa ayah ..
Ayah : Oh yeke .. bagus anak ayah .. puasa sunat yee .. ke hari ni ada apa apa yang istimewaa ..
Alya : Takdelah yah .. taktahu la Alya .. kawan Alya tu haa beria ia sangat ajak Alya puasa ..
Ayah : Alya .. harini kan 10 Muharram .. Hari Asyura sayang .. sebab tu la kawan kamu ajak kamu puasa .. dia tak bagitahu kamu ?
Alya : Err .. mungkin ada kot dia bagitahu .. Alya kot yang tak dengar sangat ayah ..
Ayah : Lain kali kena amik tahu tau .. Alya kan anak ayah yang solehah .. kamu tengah buat apa ni ?
Alya : Tengah main game ayah .. hee
Ayah : Laa .. ayah ingatkan anak ayah tengah baca Al-Quran tadi ..
Alya : ....
Ayah : Ada apa apa masalah nak cakap kat ayah ?
Alya : Takde ayah ..
Ayah : Ok la kalau macam tu .. kamu jaga diri yee .. nanti ada apa apa telefon ayah ..
Alya : Baik ayah ..
Ayah : Assalamualaikum sayang ..
Alya : Waalaikumsalam ayah ..

klik !




" Wahai anakku ! Laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu , sesungguhnya demikian itu termasuk perkara yang penting . "

~ 31 : 17 ~




assalamualaikum cinta ...

Tuesday, December 14, 2010

i can only hope

apabila diperlukan





saat tidak lagi diperlukan



"And when My servants question you concerning Me ; I am near , to them in my knowledge , and he informed them on this ; I answer the call of the caller , by granting him his request , when he calls to Me ; so let them respond to Me , My call to them to be obedient , and let them believe , let them perserve in faith , in Me , that they might go aright , that they might become guided . "

~ 2 : 186 ~




assalamualaikum cinta ...

Sunday, December 12, 2010

wanita hiasan dunia



seorang wanita itu

bahunya sungguh nyaman untuk dijadikan tempat sandaran saat keletihan
kata-katanya yang indah menjadikan seperti nyanyian merdu buat telinga yang mendengarnya
nasihatnya oh sungguh benar dan ingin sekali selalu diminta dan didengarkan lagi
ayu wajahnya menjadikan tenang hati yang melihatnya
sudah menjadi ketentuan
makhluk dinamakan wanita
dicipta dan dijadikan untuk menghiasi dunia

sungguh
kasihnya tanpa memilih
sedihnya begitu pandai disisih
bahagianya tanpa menunggu ingin sekali terus sahaja diberitakan

namun
seorang wanita itu
lemahnya pada cemburu
hatinya senang sekali terluka
dan air matanya mudah sekali mengalir


kerana apa wanita dikatakan perhiasan dunia ?
kerana ia boleh ditukar
dan boleh diganti andai kemahuan tidak lagi dipenuhi
mudah sungguh !

kerana itu lah
seindah hiasan adalah wanita yang solehah
yang tidak akan dapat diganti dengan begitu mudah
yang tidak akan dapat dilupakan dengan begitu senang
yang menurut kata-kata kedua ibu bapanya
yang menyenangkan hati suaminya
yang hidupnya matinya dan ibadahnya hanya kerana Allah
Tuhan sekalian alam .


assalamualaikum cinta ...


Monday, December 6, 2010

pengakhiran yang baik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

tribute to : arwah atuk ( Allahyarham Mohd Noor )



Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan tidak di langit hingga hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangian).

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Sabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


dipetik dari nukilan belaianjiwabersamamu.blogspot

semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan mukmin yang bertakwa . semoga kita yang masih berpeluang menikmati nikmat masa , nikmat kesihatan dan pelbagai nikmat yang tidak terhitung lagi ini sama-sama berdoa agar diambil nyawa oleh malaikat Allah dalam husnul khatimah . ameen .

'Dari Anas dari Rasulullah (s.a.w.) sabdanya tiga perkara akan mengiringi mayat ke kuburnya. Kaum keluarganya, harta bendanya, amal ibadatnya.

Kemudian pulang dua dan tinggal bersamanya satu. Yang pulang ialah keluarganya dan harta bendanya, yang tinggal menemaninya satu iaitu amalannya.' (HR Bukhari Muslim)

Al-Fatihah .

assalamualaikum cinta ..

Friday, December 3, 2010

saya tidak marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

barusan saya mengarang karangan yang begitu panjang
untuk post kali ini
tapi sekarang saya pun sudah tak ada mood
tak ada mood nak berfikir
tak ada mood nak habiskan
dan tak ada mood langsung nak post kegembiraan

at least fahamkan saya apa yang berlaku



sabarkan hati saya Tuhan



assalamualaikum cinta ...