Sunday, December 12, 2010

wanita hiasan dunia



seorang wanita itu

bahunya sungguh nyaman untuk dijadikan tempat sandaran saat keletihan
kata-katanya yang indah menjadikan seperti nyanyian merdu buat telinga yang mendengarnya
nasihatnya oh sungguh benar dan ingin sekali selalu diminta dan didengarkan lagi
ayu wajahnya menjadikan tenang hati yang melihatnya
sudah menjadi ketentuan
makhluk dinamakan wanita
dicipta dan dijadikan untuk menghiasi dunia

sungguh
kasihnya tanpa memilih
sedihnya begitu pandai disisih
bahagianya tanpa menunggu ingin sekali terus sahaja diberitakan

namun
seorang wanita itu
lemahnya pada cemburu
hatinya senang sekali terluka
dan air matanya mudah sekali mengalir


kerana apa wanita dikatakan perhiasan dunia ?
kerana ia boleh ditukar
dan boleh diganti andai kemahuan tidak lagi dipenuhi
mudah sungguh !

kerana itu lah
seindah hiasan adalah wanita yang solehah
yang tidak akan dapat diganti dengan begitu mudah
yang tidak akan dapat dilupakan dengan begitu senang
yang menurut kata-kata kedua ibu bapanya
yang menyenangkan hati suaminya
yang hidupnya matinya dan ibadahnya hanya kerana Allah
Tuhan sekalian alam .


assalamualaikum cinta ...


No comments: