Saturday, January 29, 2011

disebalik kisah lampu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

semalam orang yang nak baiki lampu bilik datang
nasib baiklah masa tu semua orang dalam keadaan yang baik
dalam erti kata lain dengan pakaian yang menutup aurat dan tade tengah gurau2 jerit2 ke apa ke
Alhamdulillah ..
mula mula pakcik tu datang sorang-sorang
dia bawak lampu kecik yang sama untuk ganti lampu yang rosak dekat bilik
mungkin Mariusz ( ketua dorang ) tak bagitahu yang kitorang nak tukar lampu lain
tak bersyukur betul =_="
ish bukan macam tu
mungkin sebab lampu kuning dekat bilik ni ditakdirkan Allah untuk rosak
(orang kat Poland ni memang suka dengan lampu kuning ,
kata dorang sebab lampu kuning ni romantik sikit ,
nak buat apa terang2 malam2 ..
haishh nak baca buku nak mengaji kurang nampak la incik tuan rumah
sampai saya tepaksa beli lampu lain dekat meja belaja
dan malangnya ia pun kuning juga ,
terpaksalah shiela sedekahkan lampu meja dia yang lama untuk saya ,
which is agak terang Alhamdulillah ^^. )

kalau lama-lama lagi saya hidup dengan si lampu kuning ni
alamatnya rosakla mata saya
namun
ada satu masalah
taktahu nak cakap macam mana dekat pakcik polish ni
saya nak tukar lampu baru
bukan lampu yang sama
pastu apa lagi ~
hentam saje le labu dengan bahasa polish yang ditranslate direct dari Melayu
ditambah dengan gaya tangan dah transform macam2
nak bagi dia faham keadaan yang sebenar
baru la dia angguk2 setuju
dua masalah
dia tak dapat nak buat sorang2
sebab lampu yang saya baru beli ni lagi besar sikit
dan panjang
dia pun cakap moment moment ( * betul ke eja ni )
maknanya dia suruh tunggu la
tak tahu pulak nak pegi mana
pidah cakap nak pegi amik wayar lain sebab wayar lama tu pendek
tak sampai sebab lampu baru panjang
beberapa minit kemudian
pakcik tu pun sampai lagi
ditemani oleh seorang pemuda
kawan dia jugak la kot
kesian dia
rupa rupanya dia susah sikit nak buat sorang2
sebab sape nak hulurkan barang2
bila dia nak duk kat atas tangga
nak betulkan wiring semua tu
nak mintak tolong dengan kitorang
memang tak dapat la kan sebab kitorang tak faham sangat dia cakap apa
(unfortunately , nak cakap pentingnya belaja bahasa ni jangan maen2 dalam kelas =_=")
tapi takpe la
dengan bantuan pemuda tersebut
tada !
siapla dipasang lampu bilik kitorang ^^
cantik cantik :)
dan terang juga ^^

saya pun tiba2 mengelamun
berfikir sejenak
ada signifikan sebenarnya saya cite pasal lampu bilik ni
sebenarnya saya nak bagitahu yang dalam diri setiap manusia ni
semua orang memerlukan support system masing-masing
saya memerlukan kamu
dan saya tahu kamu juga memerlukan saya
sama jugak macam pakcik pasang lampu dan kawannya tu
kalau tade kawan dia
bukanlah dia tak boleh pasang lampu tu sendiri
tapi lama la sikit dan dia seniri pun susah nati
buat apa cari jalan yang susah kalau jalan senang ada depan mata
betul kan ?

kita ditakdirkan oleh Allah untuk hidup di atas dunia ini dan berukhwah
apa guna kalau kita hidup sendiri
semua perasaan simpan sendiri
lama2 perasaan tu akan buat kita rasa nak memberontak
ni mak saya yang cakap
bukanlah tak boleh
tapi kurang bahagia begitu
apa salahnya berkongsi
mintak pendapat kawan-kawan
kalau yang salah dia boleh ingatkan kita
kalau yang baik boleh kongsi biar kebaikan tu sama-sama rasa
insyallah bahagia
walau jauh mana pun kita tercampak
terima seadaanya dan lihat kebaikan di sebaliknya

lampu tu pulak
kenala yang terang
bukan yang kuning2 malap2
maksudnya nak cakap pilihla kawan yang baik
bukan juga bermaksud
jangan kawan dengan orang yang berperangai buruk
tapi berpada padalah
biar kita yang jadi lampu terang untuk dia
jangan kita yang terbawa bawa cahaya malap dari dia

paling penting
yakinlah sebenar benarnya
apa yang ditetapkan oleh Allah adalah jalan terbaik untuk kita
mencari jalan dan berusaha untuk mencapai syurga tertinggi
yang tinggal hanyalah pada diri sendiri untuk memilih
mahu yang terbaik atau tidak
semoga rahmat Allah itu tidak putus dari kita
walau sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan
ameen insyallah :)

p/s : saja tulis panjang2 sebab hanya orang yang betul2 semangat nak baca je akan ingat setiap detail kisah lampu saya ini ^^


Tuesday, January 25, 2011

tapi kenapa ?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

ustaz cakap kalau dapat musibah ucap Alhamdulillah 4 kali
tapi kenapa ?
bukan ke Alhamdulillah itu kita ucap bila dapat nikmat ustaz ??

ya betul
tapi jangan thinking hard sangat awak
cuba fikirkan sikit je kenapa agaknya ustaz cakap macam tu

......

dapat jawapan ?


takpe meh sini saya kongsikan
Alhamdulillah yang pertama :

tanda syukur kepada Allah kerana musibah itu Allah timpakan pada hamba yang Dia sayang , yang Dia cinta . jadi syukurlah kerana masih diberi peluang untuk mengecapi kasih sayang Allah :)

Alhamdulillah itu seperti ucapan terima kasih;
tanda sayang bukti cinta :)



Alhamdulillah yang kedua :

bukankah musibah itu penghapus dosa ? beruntunglah kamu yang ditimpa musibah kerana Allah masih beri peluang untuk perbaiki kesilapan dengan menghapuskan dosa-dosa yang lalu . jangan pula lupa kepadaNya bila masih diberi peluang kedua selepas sembuh nanti :)

Alhamdulillah yang ketiga :

sebagai tanda syukur kerana kita masih diberi peluang untuk bersabar , kerana sabar itu banyak ganjarannya . bersabarlah dan ucapkan Alhamdulillah kerana 2 perkara yang paling dicintai Allah ialah sabar dan perlahan-lahan dalam tindakan :)

Dan Alhamdulillah yang terakhir :

sesungguhnya musibah itu ada dua macam ; musibah agama dan musibah dunia . berbahagialah kamu yang ditimpa musibah dunia kerana Allah pasti akan mengurniakan pahala untukmu :)

musibah dunia adalah musibah yang tak mendatangkan dosa malah akan diberi pahala sekiranya bersabar . contohnya seperti miskin , sakit , kematian , kecacatan dan sebagainya :)


p/s : jaga kesihatan baik-baik kerana nikmat kesihatan tu besar ertinya :)

“Dan nescayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” (as-Syura: 43)