Sunday, February 28, 2010

Dugaan menghapus dosa..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah lama rasanya tak berkongsi
terlalu banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan
dan masuk hari ni
dah lima hari batuk selesema
belum nampak tanda-tanda akan sembuh sepenuhnya lagi InsyAllah tak lama lagi..

pagi ini,
tersedar sahaja dari tidur

apa yang terlintas dalam fikiran adalah

" aku rindukan Malaysia ! "
nanti nak bukak surat khabarlaa
nak tau jugak what's going on now ?
selesai semua urusan pagi

terus mengadap eeyore untuk lepaskan rindu pada my Malaysia
...



loading..loading..
b
ukak saja page pertama berita online
apa yang paling menarik pe
rhatian aku :
sekeping gambar seorang perempuan menyiram air mawar di kubur yang masih merah tanahnya
curious..

apa yang berlaku ni

klik !
membaca...membaca...
Subhanallah
apa dah jadi ni.. sihat ke tak orang ni ? sanggup dia buat manusia yang masih kecil
belum dapat bezakan sepenuhnya lagi
yang mana betul
dan yang mana salah
macam memperlakukan sesuatu yang jijik !
bacalah sendiri kalau kurang faham

*tak sanggup untuk menulis tentang ni


lepas je terbaca pasal tu terus kongsi dengan lagi 3 orang bakal doktor lodz
semua
meluahkan perasaan kesal
shiela saad : astaghfirullah
nurul afidah : sedihnya
nurul fadhlina : nauzubillah mcm2 jadik sekarang ni

sama-sama kita doakan
dijauhkan perkara sebegini
moga Allah bukakan pintu hati untuk berfikir sebelum bertindak
untuk diri sendiri dan saudara-saudara Islam kita yang lain jugak
nauzubillah~

my last sentence dalam group chat skype kitorang bersama
" takutnya nak balik Malaysia.. "
well,
itu hakikat
bukan hikayat..

Ya Allah,
tetapkanlah hati kami pada jalan yang lurus
terima kasih dengan nikmat masa
yang engkau berikan masih sempat untuk kami perbetulkan
apa ya
ng salah dan perbaiki apa yang kurang
terima kasih dengan nikmat kesedaran

yang tak putus-putus kau curahkan

untuk membimbing hamba-hamba Mu

yang kadang-kadang terpesong ke simpang kemurkaan Mu ya Tuhan
amin...

sekarang baru realize banyak sangat sebenarnya hikmah datang ke bumi Poland ni walaupun for the first place hati ni tak tegar


terima kasih Tuhan...

p/s : saya sedar hari ni banyak sangat campuran bahasa asing..maafkanlah, tak dapat dielakkan lagi..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, : "Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata; ' Ya Rasulullah, demam anda bertambah teruk.' jawab baginda; ' Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. ' Kataku pula; ' Semoga anda mendapat pahala berganda pula. ' Jawab baginda; ' Semoga ! ' Kemudian baginda bersabda; Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapus Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya. ' "
~ Riwayat Muslim ~

assalamualaikum cinta...