Sunday, June 27, 2010

tinggal lagi 3 :)

Ya Allah..hati tak tenang~ sabar thohirah skit je lagi..

*rumah baru
Alhamdulillah semua oke saje walaupun lighting agak romantik bak kate orang
*holiday
semua serabai dari bangun tidur sampai ke nak tidur balek sume ikut suka je nak buat bila2 =_="
*balek Malaysia
tinggal lagi 3..betul2, stat esok dah boleh ckp saya balek mesia lusaa~

أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram..
~13 : 28 ~

Saturday, June 5, 2010

mungkin Allah nak tegur saya ~

~ Ujian tu Allah nak datangkan bila-bila masa je Thohirah..jadilah awak antara orang-orang yang sabar itu.. ~

" Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh , Allah beserta orang-orang yang sabar.. "
~ 2 : 153 ~

Friday, June 4, 2010

ekspresso secawan ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

maafkan saya my dear blog..dah lame takde update kan..alasan ? obviously saya takde alasan..mungkin saya sedang frust ? ya mungkin lah..semua yang berlaku ketentuan Tuhan atas setakat mana usaha saya..entry saya kali ni pendek saje..sekadar nak ekspres perasaan saya dua tiga hari ni..

gambar sekadar hiasan..sikit pun tiada kena mengena dengan entry namun ia membawa seribu erti..it's a zoo day~ (^_^)

makk , abahh ~
nak balekk .. tinggal saje lagi 3 minggu 4 hari .. mak cakap , sabar sikit je lagi .. kan dah tak lame ni .. sekejap je kan .. em !

saya dah buat satu pekara yang saya pun taktau apa saya tengah fikir waktu tu..sampai arini saya still tak dapat nak maafkan diri seniri..kenapalaa dgn awak nii thohirah~ mungkin sebab ni saya neves ??

biophysics pula ?
saya cuba InsyAllah..125 soalan bukan sikit..setakat ni saya memang takde tensi..target : 25 soalan cover sehari..first attempt : setakat ni tak sampai soalan ke-25 pun lagi..hee fighting !!

~Freedom Flotilla Mavi Marmara
betapa bahagia mereka-mereka yang syahid itu..
betapa benci saya pada zionis israel !
biar seluruh dunia tahu siapa sebenarnya terrorist

" Bagi mereka kesenangan (sesaat) ketika di dunia , selanjutnya kepada Kami lah mereka kembali , kemudian Kami rasakan kepada mereka azab yang berat , kerana kekafiran mereka . "

~ 10 : 70 ~

senior saya ada bagi emel pasal video yang saya link kan kat bwh ni sebab saya pun nak awak-awak semua tengok..sangat berguna pada saya yang sekarang ni pun student medik..saya sedih dengan keadaan saudara-saudara seIslam kita di Gaza..saya harap saya, dan mungkin awak, antara yang 'you can make the difference' itu..

kagum betul saya dengan ketabahan dan kebergantungan mereka pada Allah atas nasib mereka di sana..bangga betul saya dengan semangat anak-anak kecil mahu mempertahankan tanah Gaza di sana..

tak guna nak marah berapi-api pun padahal kita sikit pun tak usaha untuk bangunkan Islam..semua orang pun nak Islam kembali ke zaman menguasai 2/3 dunia..saya cuba dan akan terus cuba..perbaiki diri sendiri dan beri kebaikan pada orang sekeliling kita juga..ingatkan saya bila saya terlupa..bantu saya bangun bila saya jatuh..kita ada misi ! kita ada hala tuju yang pasti !


" Katakanlah, 'apakah ada di kalangan kamu yang membimbing ke arah kebenaran ?' Katakanlah , ' Allah lah yang membimbing ke arah kebenaran . ' Maka manakah yang lebih berhak diikuti , Tuhan yang membimbing ke arah kebenaran itu , ataukah orang yang tidak mampu membimbing bahkan perlu dibimbing ? Maka mengapa kamu berbuat demikian ? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan ? "

~ 10 : 35 ~



assalamualaikum cinta ...