Saturday, November 20, 2010

jangan menangis sayang :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..



senyumlah
walau sedalam mana luka itu
walau sepedih mana rasa itu
kamu tidak lemah
tidak sayang
jangan difikir sakit nya menahan
kerana Dia mahu kamu tahu
ujian itu untuk kamu
justeru kamulah yang paling layak
bertahanlah
kerana ini bukan yang pertama
dan bukan jua yang terakhir

^^ La Tahzan Innallahamaana ^^


assalamualaikum cinta ...

Sunday, November 14, 2010

Ya Allah buntu sekali aku


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



apabila manusia sangat memerlukan seseorang yakni pendamping
untuk menemaninya
untuk memberinya nasihat
untuk tunjukkan ia mana jalan terbaik
kadang-kadang ia rebah
sehingga
ia rasakan sudah penat
sehingga
ia rasakan sudah tidak berdaya
sehingga
ia rasakan sudah sampai penghabisan waktu untuknya
namun
ia ternyata sudah lupa
untuk kembali

ingatlah sayang
hanya Allah teman terbaik
mohonlah padaNya
semoga diberi petunjuk
Dia ternyata sangat merindukan rintihan mu



Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diriKu. Apabila dia mengingatKu dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”



assalamualaikum cinta ...