Tuesday, January 25, 2011

tapi kenapa ?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

ustaz cakap kalau dapat musibah ucap Alhamdulillah 4 kali
tapi kenapa ?
bukan ke Alhamdulillah itu kita ucap bila dapat nikmat ustaz ??

ya betul
tapi jangan thinking hard sangat awak
cuba fikirkan sikit je kenapa agaknya ustaz cakap macam tu

......

dapat jawapan ?


takpe meh sini saya kongsikan
Alhamdulillah yang pertama :

tanda syukur kepada Allah kerana musibah itu Allah timpakan pada hamba yang Dia sayang , yang Dia cinta . jadi syukurlah kerana masih diberi peluang untuk mengecapi kasih sayang Allah :)

Alhamdulillah itu seperti ucapan terima kasih;
tanda sayang bukti cinta :)



Alhamdulillah yang kedua :

bukankah musibah itu penghapus dosa ? beruntunglah kamu yang ditimpa musibah kerana Allah masih beri peluang untuk perbaiki kesilapan dengan menghapuskan dosa-dosa yang lalu . jangan pula lupa kepadaNya bila masih diberi peluang kedua selepas sembuh nanti :)

Alhamdulillah yang ketiga :

sebagai tanda syukur kerana kita masih diberi peluang untuk bersabar , kerana sabar itu banyak ganjarannya . bersabarlah dan ucapkan Alhamdulillah kerana 2 perkara yang paling dicintai Allah ialah sabar dan perlahan-lahan dalam tindakan :)

Dan Alhamdulillah yang terakhir :

sesungguhnya musibah itu ada dua macam ; musibah agama dan musibah dunia . berbahagialah kamu yang ditimpa musibah dunia kerana Allah pasti akan mengurniakan pahala untukmu :)

musibah dunia adalah musibah yang tak mendatangkan dosa malah akan diberi pahala sekiranya bersabar . contohnya seperti miskin , sakit , kematian , kecacatan dan sebagainya :)


p/s : jaga kesihatan baik-baik kerana nikmat kesihatan tu besar ertinya :)

“Dan nescayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” (as-Syura: 43)

No comments: