Monday, December 6, 2010

pengakhiran yang baik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

tribute to : arwah atuk ( Allahyarham Mohd Noor )



Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan tidak di langit hingga hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangian).

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Sabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


dipetik dari nukilan belaianjiwabersamamu.blogspot

semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan mukmin yang bertakwa . semoga kita yang masih berpeluang menikmati nikmat masa , nikmat kesihatan dan pelbagai nikmat yang tidak terhitung lagi ini sama-sama berdoa agar diambil nyawa oleh malaikat Allah dalam husnul khatimah . ameen .

'Dari Anas dari Rasulullah (s.a.w.) sabdanya tiga perkara akan mengiringi mayat ke kuburnya. Kaum keluarganya, harta bendanya, amal ibadatnya.

Kemudian pulang dua dan tinggal bersamanya satu. Yang pulang ialah keluarganya dan harta bendanya, yang tinggal menemaninya satu iaitu amalannya.' (HR Bukhari Muslim)

Al-Fatihah .

assalamualaikum cinta ..

No comments: