Tuesday, October 12, 2010

dedicated to all the future doctors out there

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..

artikel untuk entry kali ni
hanyalah sekadar berkongsi
xbetah rasanya kalau perkara yang baik disimpan sendiri
tamak !
atau pekataan yang lebih sesuai mungkin
kedekut ilmu ke ?
teringat sekolah rendah
si A : ish dia taknak pun ajar kita
si N : ntah , kedekut ilmu betul kann
tp tu zaman budak budak ~
*tersenyum sendiri ^^



dari perkongsian peribadi Dr.Nor Ruzaini bt Sulaiman
Hospital Besar Melaka

Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos. fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia. Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan, pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah. Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik. Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.

(^_^) dah rasa naek sikit semangat ? oh tak sikit ke ?

banyak yee wuahh very very good lah :)

sebenarnya saya potong sikit permulaan dia sebab agak panjang

dan saya nak tekankan isi2 penting sahaja disini maafkan saya ~

saya do not own this article dan saya xalter walau sikit pun hasil penulisan beliau

bagi mengelak sebarang ketidakaslian

kerana yang spicy itu tidak sama dengan yang original ~

p.s : semoga artikel ni dapat membantu legakan sikit

hemispheres yang tgh stress berfikir tu

dan kita amek pengajaran dalam konteks kita sebagai seorang pelajar

ingat satu je . ujian kat dunia ni ape lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kehidupan yang kekal di akhirat kelak

dan p.s 2 : saya rindu mak dan abah :)


" Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau . Sedangkan negeri akhirat itu , sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa . Tidakkah kamu mengerti ? "


~ 6 : 32 ~


assalamualaikum cinta...






No comments: