Monday, May 10, 2010

nak dengar tak ??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

selamat pagi semua~ hee semangat saya pagi ni..baekklah hari ni saya nak bercerita bolehh ??
sape nk dengar bukak mata besar2..hehe..
sebelum tu mcm biasa kita buat review mingguan dulu..dah mcm bos saje..hee..hari ni dah masuk 10 mei bersamaan dengan lagi 51 hari countdown untuk balek Malaysia..sukee ! lambat jgk lagi tu..jadi kite ckp dlu apa yang perlu diselesaikan sekarang..


numer yeden : exams

ouh macam biasalaa mcm dekat sekolah asrama dlu2..sebelum balek bercuti mesti ade peperiksaan akhir tahun kan..haa samela kitee..bnyk la jgk lagi exams yang kena amik sebelum balek ni..moga Allah tenangkan hati dan kukuhkan ilmu yang kami baca..doakan saya dan kawan-kawan yee :)


numer dwa : rumah

masih dalam progress..dah dua apartmen yang kitorang view..first apartmen = tempat dh strategik, ruang besar, bilik cukup, cantek, fully furnished..tp dr luar ,MasyaAllah kelihatannya mcm tak lame dah nk runtuh..kak syifaa reject so kitorang pn same~ second apartmen =kat luar dah oke, tuan rumah pn macam baek saje,tp bilik pulak tak cukup,ade pulak dia nk buat cloak room yang memang tade tingkap langsung lagi satu bilik..bukan tak bersyukur tapi biarlah nnti tinggal bersama dengan selesa..semua orang hepi..kan :)takpe nnti usaha lagi..fighting !

kalau nak cite pasal rumah ni bnyk sebenanye..macam2 jadik..kak syifaa n fadh lepaskan tensi ssh sangat = makan aiskrim..shiela nak hilangkan geram kat makcik yang agak kurang baik = jalan2 dah sampai zoo dah..tp zoo dah tutup..saya dan pidah yang ditugaskan mengusha satu apartmen yang agak cantek = termasuk klinik pulakk..ada sorang makcik yang baik hati nak tolong bila kitorang tanya nak cari nombor landlord apartmen..saya tau saja dia berusaha nak tolong..tp oleh kerana miscommunication ditambah dengan kitorang yang memang tak lulus lagi polish..lain pulak jadinyee..so end up kitorang pon pegi makan aiskrim dan beli kasut.. :D


numer trzy : makcik tyskie

hehe..oke ni takde kaitan..sungguh2 takde kaitan..tp saya nak jugak bercerita tentang makcik ni..makcik ni pakai tudung ke selendang ke saya pun taktau yang macam orang veteran pakai tu..ikat dekat tengkuk kan.. :) comel je..kalau awak nak tau, selama ni saya ingatkan dia jual barang sebelah tyskie tu..tp saya tak pernah nak perasan dia jual apa..sampai la satu hari saya ngan pidah nak keluar..tiba-tiba makcik tu datang cakap2 sesuatu yang memang pasti lagi sure saya tak faham la kan..gaya dia macam mintak sedekah dari saya..tapi disebabkan pidah dah terkena dengan budak peminta sedekah dekat galeria tempoh hari, saya rasakan serba salah..saat tu lah baru saya perasan dia jual ape..penyapu daun kering..dia ikat ranting2 kayu sama2 untuk dijadikan bentuk macam penyapu lidi tu..Ya Allah,kesiannye..saya rasa sepanjang saya ada di Poland ni bnyk sangat perkara yang saya lihat yang membuatkan saya berfikir..alangkah beruntungnya saya..betapa perlu bersyukurnya saya..banyaknya nikmat yang Allah dah bagi kat saya..terima kasih Ya Allah ~ n pasal makcik tu..saya teringat Kak Dina cakap kalau ade makanan beri makanan saja..tp malangnya saya tak bawak apa2 biskut macam yang saya biasa buat..jadi makcik tu berlalu begitu saja..



ok dah, berbalek pada cerita saya..hari ni kite kongsi sama2 cerita pasal Nabi Nuh nak ??

kalau kita perasan banyak sangat Allah ceritakan pasal Nabi Nuh dalam Al-Quran..sampaikan Allah turunkan satu surah khas untuk ceritakan pengorbanan Nabi Nuh..surah ke 71..dulu2 kita pernah dengar kan kisah bahtera Nabi Nuh..apa yang saya ingat dulu saya pernah dengar saja kisah nabi tapi tak pernah dapat rasa penghayatan sebagaimana saya rasa apabila dah serba sedikit memahami sepertimana sekarang..Nabi Nuh menyeru kaumnya beriman kepada Allah Yang Satu..beliau menyampaikan berita gembira kerana tidak mahu kaumnya ditimpa azab pada hari kiamat kelak..namun kaumnya menghina sehingga beliau dituduh seorang pendusta dan tidak waras..namun beliau tidak pernah berputus asa..beliau meyakinkan bahawa apa yang dilakukan bukanlah untuk memberi ganjaran kepada mereka atas kepercayaan terhadap beliau kerana ganjaran hanyalah dari Allah s.w.t ..kaumnya yang tidak beriman itu beranggapan bahawa orang-orang yang beriman dan pengikut Nabi Nuh mengharapkan ganjaran dari Nabi Nuh saja kerana kebanyakan mereka adalah dari golongan bawahan yang mempercayai kewujudan Allah s.w.t ..sesungguhnya kaum Nabi Nuh itu golongan yang rugi dan Allah mendatangkan azab apabila Dia mengkehendaki..apabila mendapat perintah Allah dan bahtera yang dibina telah siap, ia dimuatkan dengan golongan yang beriman, dan mereka diperintahkan membawa haiwan sepasang , jantan dan betina serta kaum keluarga mereka..Nabi Nuh memanggil anaknya supaya naik ke atas kapal itu dan tidak bersama orang-orang kafir..namun anak Nabi Nuh sendiri yang tidak mempercayainya..dia beranggapan dia akan selamat seandainya berlindung di sebalik gunung..akibatnya dia ditelan bah yang besar dengan kuasa Allah bersama kaum Nabi Nuh yang ingkar..oleh kerana peristiwa ini, Nabi Nuh berdoa kepada Allah kerana anaknya adalah keluarganya..tetapi Allah menjawab dengan tegas bahawa dia tidak termasuk sebagai keluarga Nabi Nuh kerana perbuatannya yang tidak baik itu..dalam peristiwa ini juga, Nabi Nuh memerintahkan kepada golongan mukmin yang bersamanya supaya menyebut nama Allah sewaktu berlayar dan waktu berlabuh sehingga beliau digelar Abdussyakur oleh Allah yang bermaksud 'hamba yang bersyukur'..

Wallahualam..

boleh saja bukak Al-Quran untuk sama-sama baca kisah Nabi Nuh ni..semuanya direct saja dari apa yang diwahyukan Allah :)
sama-sama kita amik pengajaran..boleh kan..InsyAllah (^_^)



" Kaum kerabatmu dan anak-anakmu tidak akan bermanfaat bagimu pada Hari Kiamat. Dia akan memisahkan antara kamu. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. "

~ 60 : 3 ~


assalamualaikum cinta...

No comments: