Tuesday, April 27, 2010

tajuk campur-campur...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...

arini saya tulis warna hitam je laa yee.. tak sempat nak kaler2 =)..nak masuk sebulan dah saya tak update blog..nak kate banyak keje takde la sangat..tengok kak dina dengan kak wani biase sajee..exam pon sama macam saya jugak tapi mase diorang dapat uruskan dengan baik..Alhamdulillah nikmat kemudahan Allah bagi..tak semua orang dapat tapi tak mustahil je semua orang boleh buat..awal bicara untuk ingatan pada diri seniri =_="

first n foremost saya nak isytiharkan yang umur saya dah officially 20 tahun bermula 16 April 2010..Subhanallah saya dah besar..angka 2 dah mula memonopoli ruang age dekat borang-borang yang akan saya isi lepas ni..macam borang kursus kahwin ke..haha..gurau ajee..terima kaseh semua atas ucapan yang penuh dekat page facebook .. ucapan yang tulus dekat skype dan ym , juga surprise bufday party yang buat saya memang tekejut ..nasib baik tak heart attack ..hehe..tau tak saya dibulii semua orang kena pakai spek sepanjang hari dan spek tu shiela yang belii..shielaa !! haha

ni dia gambanyee.. spek tu kat belakang .. sila komen sekiranya berminat .. ^^

satu peringatan untuk kita semua.. " sebaik-baik manusia ialah di kalangan yang panjang umurnya dan baik amalannya.. " - credit to kawan baik saya yang jauh di bumi mesir .. -

dan sekarang, saya baru je selesai exam histury dan biophysics lab ..
komen , em ape yee yang saya boleh cakap

histury : saya kena usaha lagi lebih dan tak boleh putus asa walaupun saya sejak azali lagi sangat 'sayang' akan subjek2 besejarah nii

biophysics lab : Alhmdulillah ~ saya tak faham dengan cara exam yang agak sempoi dan apa yang saya dapat adalah apa yang terbaik ditentukan Tuhan untuk saya ..

lepas ni banyak lagi exam yang menanti ..
semoga segalanya dipermudahkan Tuhan .. InsyAllah
ohh btw saya dah mula nak menulis dengan gaya penulisan yang agak pelik ni..ohh tak mungkin saya gedik kut..agak2 kenapa ? haa ni yang saya nak cite ni semenanye..kebelakangan ni saya sangat suke pada laman bersosial facebook..awak tau tak ape tu facebook ?? tak betul sangat nii kalau tak tau kan.. makcik pakcik saya pun ade .. hehe.. agak pelik sebab bila saya bukak saya tak buat pape pun.. duduk je semata-mata depan eeyore..dengan buku la sekali konon amik syarat nak study.. tapi jari ni gatal betol nak tekan tu nak tekan ni.. pelik kan.. Ya Allah , betulkan niat awak Thohirah ! adehh =_=".. blog taknak pulak update..hakikatnya, saya sebenanye tak pandai nak menulis ni ...sekadar berkongsi InsyAllah boleh.. maafkanlah kekurangan diri saya yee..oke berbalik kepada tujuan sebenar saya menulis .. ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan awak-awak yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni..


*artikel ni saya dapat dari seorang sister dari Munich, German
sama-sama kita hayati (^_^)


MENCARI KEMAAFAN SEPERTI BILAL R.A DAN ABU ZAR R.A

Setiap orang mudah melakukan kesalahan. Tidak kira kesalahan itu kecil atau besar, seorang manusia lebih-lebih lagi seorang remaja akan mudah membuat kesilapan dalam bertatih di alam kehidupan ini. Sedar tidak sedar, jika dikira satu persatu kesalahan yang kita lakukan, boleh kalah ketebalan yellow pages. Bahkan boleh dilistkan dan dikategorikan kesalahan kita, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam… setiap detik mungkin.

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.

Itulah manusia, mudah terpikat dengan hawa nafsu dan tak lari daripada maksiat.


Kisah Agung Antara 2 Sahabat

Di dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran “wahai anak hitam”. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah Rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada Rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah Rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.

Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya “Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.

Abu Zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu pada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata “Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.

Apakah yang berlaku selepas itu ? Anda teka…


Nilai Agung Pada 2 Sahabat

Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan.

Lihat ukhuwwah yang terjalin dan nilai akhlak pada Bilal r.a dan Abu Zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri Abu Zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya Bilal r.a, walaupun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada Abu Zar, Bilal memaafkannya.

Wallahualam.

cantik kan ...

tu je yang mampu saya cakap .. saya sangat kagum .. agaknya saya boleh ke jadi macam tu yee .. perbezaan pada manusia ni sebenarnye bukan paras rupa , bukan jgk harta yang kita ada tapi pada hati kan.. sesungguhnya di dalam diri setiap manusia itu ada seketul daging, seandainya baik daging itu, baiklah jasad seluruhnya, dan seandai nya buruk daging itu ,buruklah jasad seluruhnya.. ketahuilah sesungguhnya seketul daging itu adalah hati ..^^ awak-awak semua , kita cuba jaga hati sama-sama yee !=) InsyAllah bila hati dah bersih.. semua kita dapat terima dengan baik.. tak mudah marah , dengki , buruk sangka.. jum kita cuba jadi macam Bilal r.a dan Abu Zar r.a (^_^) ~


“Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”

~ Rahsia seorang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah S.A.W ~


assalamualaikum cinta...

No comments: