Saturday, January 23, 2010

penangan eeyore :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Paginya, seperti hari-hari biasa aku terbangun dari tidur yang kurang lena dengan perasaan malas .Aku menjengah jam disney pink yang seingat aku antara barang pertama yang aku beli di bumi poland, yang jaraknya hanya lebih kurang lima belas cm dari katil .Oh, jarum jam menunjukkan angka tiga. Terus tersentap dalam ingatan, semalam aku hanya dapat menghabiskan berapa baris ayat sahaja dalam transkripsi anatomy (ok ini adalah hiperbola semata-mata). Mujur jugalah aku berjaya memenuhi target untuk menghafal satu kumpulan perkataan-perkataan latin dari kelas enam belas yang memang perlu aku ingat; aku tak mahu ulang kertas latin ( dalam bahasa asingnya repeat paper ). Itu adalah satu igauan malam yang teruk. Bagi aku biarlah subjek-subjek sampingan tu aku hadapi dengan baik. Namun dalam masa yang sama aku perlu menguasai subjek-subjek membunuh (iaitu killer subjek yee ) ! Nasib baiklah aku ni bukan seorang yang cepat hilang kesabaran. Kalau tidak memang dah lama tercipta sejarah dekat universiti medikal Lodz ini seorang pelajar termereng kerana terlalu obses dengan pelajarannya.kih3. Aku berusaha untuk bangun dengan mata yang kurang besar lagi diameternya dapat aku buka. Bahagian ini kalau ditanya memang aku tidak dapat menjawab dengan panjang lebar kerana tiap kali bangun aku pasti akan melangkah menuju ke arah eeyore kesayanganku . Entah apa yang aku fikirkan tapi apa yang pasti aku ada satu software(aku kurang pasti akan perkataan ini dalam versi Melayu) pada eeyore yang menjadi kegemaranku ;"skype" :) .Setelah itu, aku ke kamar air membersihkan diri. Barulah segar sedikit. Aku masuk lagi ke kamar dengan niat suci untuk mula keluar bersama (ataupun orang putih cakap dating ) dengan anatomy. Aku mencapai selimut di lantai yang aku tolak saat aku bangun sedari tadi dan melipat dengan lipatan segi empat seperti yang aku selalu buat di rumah. Dalam hati terdetik jugak perasaan mendalam aku untuk pulang ke Malaysia secepatnya. Aku rindukan suasana di rumah :(. Keluar sahaja bab Malaysia ni terus hilang mood aku untuk menulis. Baiklah, terpaksa aku pendekkan cerita. Aku menyelak helaian demi helaian transkrip anatomy ku. Sampai satu detik, aku berhenti dan mula memandang eeyore. Aku tahu eeyore rindukan aku. Aku membelai mukanya yang lebar dan jariku mula mengulis kekuncinya yang sudah sangat sinonim dengan jari-jari kecilku. Bermula dari satu laman aku beralih ke laman maya yang lain. Aku dah ralit. Sampailah saat ini ....






Pengajaran : Waktu saya belajar janganlah goda saya eeyore. Tengok,kan dah terpesong!!hahaha

Yang pasti, dalam masa lebih kurang dari enam jam aku perlu bersiap-siap untuk bertolak ke bandar warsaw. Kampung Lodz pasti akan merindukan aku. weee~~


"Dan apabila Kami
berikan nikmat padanya
dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong
tetapi apabila
ditimpa malapetaka
maka dia banyak berdoa. "

~41 : 51~

assalamualaikum cinta...

No comments: