Tuesday, June 7, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan maghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

~ 5 Rejab 1432 ~

Rejab : kebesaran ataupun kemuliaan

Yakni bulan Rejab ialah bulan yang dibesarkan dan dimuliakan . Masyarakat Jahiliyah pada zaman Rasulullah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana diharamkan berlakunya peperangan atau pertumpahan darah di dalamnya .

peristiwa penting berlaku di bulan Rejab :
-Hijrah pertama
-Isra' dan Mikraj
-Perang Tabuk
-pembebasan Baitul-Maqdis
-kelahiran Imam Syafie rahmatullahialaih


Sabda Rasulullah s.a.w :
Dan sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.

~Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim~


No comments: